Monday 2 May 2011

Kerana Chewing Gum......

Kisah yang bakal saya kongsikan di sini sebenarnya telah berlaku di sekolah saya sendiri.  Namun, nama-nama mereka yang terlibat telah diubahsuaikan.  Tujuan saya menulis entri ini adalah supaya kita sama-sama dapat mengambil pengajaran.

Pada bulan yang lepas, terdapat 2 orang murid tingkatan 1.  Mereka berkawan baik sejak dahulu lagi. Salah seorang dari mereka bernama Ahmad kawannya pula bernama Ali.  Mereka sentiasa bersama, belajar bersama,dan segalannya bersama.

Pada suatu hari, Ali membawa chewing gum di kelas dan makan bersama-sama dengan kawan -kawan sekelas dia.  Ahmad melihat mereka ceria memakan chewing gum itu , Ahmad pun meminta sedikit kepada Ali namun apakan daya chewing gum itu tinggal satu lagi. Jadi Ali tidak membenarkan Ahmad untuk mengambil chewing gum itu Ahmad terus meminta hingalah menjadi pergaduhan diantara Ahmad & Ali.  Semenjak hari itu mereka tidak berkawan hingga kini.

Jadi itulah sejarah yang sangat kerap dengar oleh sesetengah pelajar di sekolah saya sendiri.



                                     JADI TAMATLAH SUDAH KISAH YANG SAYA MAHU KONGSIKAN
                                   

                                   
                                                       WASALAM!!!!

No comments:

Post a Comment